Folklore (digayakan dalam
semua huruf kecil ) ialah album studio ke-lapan oleh penyanyi-penulis lagu Amerika
Taylor Swift . Album itu merupakan album kejutan, dikeluarkan pada 24 Julai 2020, melalui
Republic Records . Selepas penularan
wabak COVID-19 pada awal 2020, Swift telah membatalkan lancongan konsertnya untuk album studio yang ke-tujuh,
Lover (2019). Semasa kuarantin, dia menganggap Folklore sebagai "sebuah koleksi lagu dan cerita yang mengalir seperti aliran kesedaran ", dan bekerjasama dengan penerbit Aaron Dessner dan Jack Antonoff secara maya, merakam vokalnya di studio terbina dalam kediamannya di Los Angeles, manakala Dessner dan Antonoff beroperasi dari Hudson Valley dan New York City, masing-masing.Melangkah jauh daripada terbitan
pop lebih rancak yang terdahulu, Folklore terdiri daripada
balada lembut yang dialunkan oleh instrumen neo-klasik, mengikuti gaya indie folk,
rock alternatif dan elektroakustik . Turut mempunyai pengaruh daripada kesunyian semasa kuarantin, Swift meneroka tema eskapisme, empati, nostalgia dan
romantisme dalam album, menggunakan set watak, naratif fiksyen dan
arka cerita, jauh beza dengan nada autobiografi projeknya sebelum ini. Tajuk "Folklore" diilhamkan oleh legasi
lagu rakyat yang berkekalan, manakala estetika visualnya mencerminkan luar bandar .